♥ TERMA DAN SYARAT ♥

PENTING!!


Item READY STOCK bermaksud ITEM SEDIA ADA


Manakala, PRE-ORDER bermaksud ITEM TERSEBUT PERLU DITEMPAH DAHULU. Item pre-order mengambil masa untuk sampai.Sekiranya anda mempunyai tahap kesabaran yang rendah, anda TIDAK digalakkan untuk membuat pesanan dari PRE-ORDER item.


Bagi mengelakkan salah faham dan tidak puas hati, sila baca terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh DGC.


TERMA & SYARAT :


1. Untuk membuat tempahan, setiap pelanggan hendaklah memberi maklumat seperti berikut ke inbox DGC/e-mail di dayangginezcollections@yahoo.com :




Nama penuh :


Alamat :


No. Telefon :


Kod Item/warna/kuantiti :


2. Selepas DGC menerima maklumat berikut, kami akan memberi no. akaun DGC, di mana pihak pelanggan perlu membuat pembayaran ke akaun Maybank atau CIMB DGC.


3.Tempoh masa yang diberikan untuk membuat pembayaran adalah 2 hari. TEMPAHAN AKAN TERBATAL SECARA AUTOMATIK jika pembayaran tidak dibuat dalam masa 2 hari.


4. Selepas membuat pembayaran, pihak pelanggan hendaklah menghantar bukti pembayaran kepada DGC seperti no. transaksi, tarikh transaksi, masa transaksi dan amaun pembayaran.


5. Apabila DGC berjaya mengesahkan pihak pelanggan telah membuat pembayaran, DGC akan meneruskan tempahan tersebut kepada pembekal DGC. Penghantaran HANYA akan dibuat selepas pembayaran dibuat.


6. Tiada COD dibenarkan. Kalau tinggal kat BINTULU, tiada kos pos dikenakan. Lokasi berjumpa customer adalah di Park City Mall. Kalau tinggal di sekitar Sarawak, +RM 6 ( 0-500g), +RM 9 (Sabah) dan RM 10 (Semenanjung).


7. Harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk kos pos melainkan dinyatakan.


8. Barang tersebut dijangka sampai ke tangan pelanggan dalam masa sekurang-kurangnya 15 hari bekerja selepas tempahan dibuat. Tetapi, sekiranya barang tempahan pelanggan DGC dapat dihantar lebih awal/lambat daripada yang dijanjikan, DGC akan memaklumkan kepada pelanggan DGC.


9. Hanya untuk pelanggan yang SERIUS sahaja. Jika tidak jadi membuat pembelian, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin. Jangan lari begitu sahaja. Back-out buyer akan di BLACK-LISTED. Pelanggan yang CEREWET juga TIDAK akan dilayan.


10. Sebarang tempahan TIDAK BOLEH dibatalkan selepas pembayaran dibuat dan WANG TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.


11. Barang yang dijual TIDAK BOLEH dikembalikan kecuali berlaku sebarang kesilapan yang disebabkan oleh kecuaian DGC seperti warna, jenis, jenama, saiz dan sebagainya.


12. Pihak DGC adalah TIDAK bertanggungjawab ke atas sebarang KEROSAKAN/KEHILANGAN barangan semasa penghantaran dibuat.


13. Terdapat sedikit perbezaan pada warna barang pada gambar dan barang sebenar yang disebabkan oleh pencahayaan semasa pengambilan gambar dan resolusi pada monitor komputer yang berlainan.


14. DGC BERHAK menukar tarikh tempahan samaada mempercepatkan / menangguhkan tempahan.


15. DGC BERHAK untuk membuat perubahan pada terma dan syarat serta polisi DGC dari masa ke semasa.


16. Jika anda BERSETUJU untuk mematuhi terma dan syarat serta polisi yang digariskan oleh DGC, sila teruskan untuk tempahan.


  • SERIOUS BUYER only!
  • NO backout buyers!
  • NO picky buyers welcome here!
  • Please read the TERM & Conditions before you make any purchase to avoid any misunderstanding and unwanted conditions.
  • Please think carefully before u place any order.




Selamat membeli-belah. ^________^




Lots a ♥,